KATA-KATA MOTIVASI DALAM DIRI PENCETUS SEMAMGAT

Hidup ini penuh dengan cabaran. Tidak kira dimana peringkat kehidupan anda sekarang. Jika semasa kita bayi, cabaran kita adalah untuk belajar berjalan & berlari. Apabila sudah usia kanak-kanak hingga remaja, cabaran kita adalah untuk belajar pelbagai ilmu Dan mendapatkan keputusan akademik yang terbaik. Apabila kita dewasa & sudah berkahwin, cabarannya adalah untuk mencari sumber pendapatan & menguruskan keluarga.


Cabaran-cabaran yang kita alami sebelum ini atau sekarang, memang memenatkan diri. Kita rasa stress, kecewa, sedih & macam-macam lagi perasan. Betul kan? Saya pun tak terkecuali. Itu lah manusia, makhluk yang penuh dengan emosi.


Jadi, apa kita nak buat untuk menghadapi liku-liku cabaran yang penuh onak duri ni? (ceewaah...ayat sastera sangat. hehe....)


Salah satu perkara yang saya buat adalah tingkatkan kata-kata motivasi dalam diri. Apa maksudnya? Ia bermaksud fikiran yang bermain didalam fikiran anda. Orang kata, apa yang berada di hati anda.

Eh? pening juga. sekejap fikiran, sekejap hati. haha....

Pernah ke suatu masa, anda rasa lapar kemudian terdetik dalam hati & fikiran, "erm...lapar ni. nak makan apa yer? kalau makan ayam golek pun sedap juga". kata-kata itu timbul dari dalam diri anda. 


Maka, timbul kan semula kata-kata dalam diri anda & jadikan ia kata-kata motivasi anda. Setiap Kali anda menghadapi cabaran, keluarkn kata-kata motivasi, agar anda terus bersemangat mengejar apa jua yang di impikan.

Antara kata-kata motivasi yang boleh disematkan dalam diri adalah;

1. Kegagalan bukan bererti pengakhiran hidup. Tapi, permulaan satu kejayaan yang besar.

2. Aku pandai! Aku rajin! Aku boleh!

3. Tiada yang mustahil. Hanya usaha penentu kejayaan.

4. Jalan terus! Allah ada bersama kita.

5. Yakinlah, Allah bantu mereka yang berusaha

6. Setiap kesusahan, pasti ada kesenangan selepasnya.

7. Anda adalah luar biasa hebat.


Begitu lah yang saya lakukan setiap Kali cabaran datang menghampiri kehidupan. Ungkapkan kata-kata motivasi dalam diri anda, agar semangat anda terus teguh mencantas semua cabaran yang mendatang.


Selain itu, anda juga boleh membaca buku-buku motivasi & masuk ke dalam kumpulan-kumpulan yang sealiran dengan pemikiran & matlamat anda. Seperti kami di dalam Shaklee, terdapat banyak kumpulan pembina bisnes & kami berada di dalam kumpulan LAT (Legasi Anugerah Terindah) & kumpulan kami sendiri SLG (Success Legacy Group).


Di dalam kumpulan ini lah, banyak kata-kata motivasi, sokongan dari segi ilmu, moral & pembinaan bisnes. Oleh itu, semangat & usaha, akan terus utuh. Tiada lagi masa untuk menoleh ke belaying atau bersedih dengan keadaan atau perkara yang telah berlaku di masa lalu. Kita akan terus pandangan & usaha ke hadapan untuk mencapai impian masing-masing.


Itu sahaja perkongsian ringkas dari saya. Anda boleh juga baca perkongsian dari Group leader kami tentang kata-kata motivasi.

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. Lebih jimat untuk anda.

Apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda berpeluang untuk menjana pendapatan yang diimpikan. Daftar dibawah kumpulan kami & anda akan mendapat sokongan yang diperlukan dalam membina empayar bisnes anda. Daftar sekarang di link di bawah ini,

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1201299 


Join kami ye. Register di sini 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1201299 


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#renewalshaklee



Terus Motivasikan Diri Anda, 

Haidzir & Hamraa,

SID 1201299 

No tel: 0165572732 

Your trusted Shaklee Independent Distributor / Shaklee Business Builder

Comments

Popular Posts