AMALAN GAYA HIDUP SIHAT. INI CARA SAYA LAKUKAN.
Entri Kali ini, saya ingin saya kongsikan berkaitan Amalan Gaya Hidup Sihat. Sebagai pengguna SHAKLEE, kita memang tak lari dari objektif untuk hidup lebih sihat. Maka, setiap pengguna SHAKLEE pasti ada amalan-amalan yang dilakukan bagi memastikan cara hidup atau gaya hidup adalah sihat.
Dari segi definisi, Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai amalan atau tabiat yang meningkatkan tahap kualiti kesihatan dan meninggalkan tabiat yang memudaratkan kesihatan. Selain itu, ia juga satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat.
AMALAN PAGI
Sebagai seorang Muslim, seharusnya kita bangun diawal pagi sebaiknya sebelum subuh. Solat diawal waktu dapat memberikan kita aura positif dimana kita akan lebih ceria, tenang dan bersemangat. Masa juga kita akan rasa lebih lama sebelum suasana menjadi terang.
Sebelum memulakan kerja atau setelah kerja selama 2 jam. Rehatkan badan dengan solat dhuha. Ia akan re-energise semangat, keceriaan dan ketenangan kita.
Untuk sarapan, kebiasaannya saya akan lewatkan ke jam 11pagi atau terus ambil makan tengahari sahaja. Bagaimana saya boleh tidak rasa lapar diawal pagi? Amalannya adalah dengan mengambil OmegaGuard & Lecithin. Hehe...
AMALAN TENGAHARI/PETANG
Jika hari bekerja, dua kali seminggu saya akan ke gym untuk bersenam di waktu rehat tengahari. APA??? Masa panas-panas tu bersenam? Macam pelik je kan? Hehe....tak pelik sebenarnya sebab dalam gym ada aircond dan selepas bersenam, boleh mandi di shower kat tandas ofis.
Ini adalah untuk tempat saya yang ada facilities. Buat yang tiada, sesuaikan dengan keadaan.
AMALAN MALAM
Selepas makan malam yakni paling lewat pukul 9 malam, saya dah berhenti ambil sebarang makanan. Jika waktu siang hari saya dah terambil makanan berlebihan, malam saya akan minum ESP sahaja. Simple.
Sebelum tidur, saya ambil Vitamin C Sustain Released + Alfalfa Complex + B Complex sekiranya badan agak letih. Vitamin B Complex ni, membantu untuk saya lebih sugar keesokannya.
MAKA, begitu la sedikit sebanyak amalan gaya hidup sihat yang saya buat setiap hari. Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan atas sedikit usaha ini.
Anda pula bagaimana? Boleh kongsikan di komen amalan gaya hidup sihat anda. Ye la, mana tau sesuai dengan saya dan isteri, boleh juga kami amalkan. Hehe....
Tips tambahan AMALAN gaya hidup sihat.
Sekian untuk entri kali ini. Jumpa lagi di entri akan datang. Terima kasih & teruskan membaca perkongsian sedikit ilmu dari kami.
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#amalangayahidupsihat
Sebaik-baik amalan, adalah amalan yang dilaksanakan secara berterusan.
Best Regards,
Haidzir & Hamraa
SID 1201299
No tel: 0165572732
Your trusted Shaklee Independent Distributor / Shaklee Business Builder / Coach IFLAT
Comments
Post a Comment