TENTANG KAMI

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Pertama sekali, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, blog ini dapat dibuat & diperkemaskan hingga kini. Di atas nikmatNya, kami diberi kesempatan masa & kudrat serta diberikan ilmu untuk dikongsikan bersama seluruh warga internet di dalam bidang penjagaan kesihatan ini. Sesungguhnya segala ilmu yang ada adalah dari Allah SWT.

Terima kasih kepada anda yang sudi menjengah ke blog kami. Membaca dengan tekun terhadap segala ilmu perkongsian yang kami catitkan di sini. Semoga anda semua peroleh manfaat & dapat amalkan ilmu tersebut. Kongsikan juga ilmu itu pada mereka disekeliling anda, agar anda & kami mendapat pahala jariah yang berterusan.


Izinkan kami perkenalkan diri. Kami merupakan Pengedar Shaklee yang sah & aktif. Ini lah kami bergambar di Indoor Playground sambil menunggu anak-anak bermain. Hehe...

Pengedar Shaklee Yang Sah & Aktif
Saya Mohd Haidzir & isteri, Nor Hamraa, telah menjadi ahli Shaklee sejak 2016 lagi. Sejak dari itu, kami sentiasa berkongsi tentang kesihatan, penjagaan kesihatan dan produk-produk Shaklee yang telah terbukit memberi kesan yang positif kepada penggunanya. Kami sendiri telah mencuba pelbagai produk & ternyata ianya memang berkesan. Jika tidak berkesan, mana mungkin kami mampu untuk berkongsi tentang kebaikannya.

Kami kini masih berkerjaya makan gaji. hehe....saya seorang jurutera kos di syarikat swasta yang membina fasiliti pesisir pantai & luar pesisir pantai untuk sektor tenaga, minyak & gas. Isteri seorang pegawai perubatan di klinik kerajaan. Walau sibuk dengan urusan kerja di pejabat/klinik & keluarga di rumah , ia tidak menjadi penghalang buat kami untuk membuat bisnes Shaklee. Ini kerana, bisnes Shaklee ini mudah & produknya sentiasa mendapat permintaan ramai.
Selain mendapat manfaat kesihatan, kami juga mendapat pelbagai manfaat dalam menjana pendapatan sampingan & juga manfaat yang lain yang ditawarkan oleh Shaklee.

Anda mesti tertanya, kenapa kami memilih Shaklee sebagai platform bisnes kan?

Pada asalnya, selepas isteri bersalin anak pertama, beliau mencari produk apa yang sesuai & berkesan bagi membantu beliau untuk menyusukan anak. Maka, setelah survey dibuat, bertemu lah kami dengan produk Shaklee melalui mentor kami a.k.a. upline kami Master Nur Zahiran & Hafizan. Setelah isteri bertemu penyelesaian, saya pula timbul kesedaran akan kepentingan penjagaan kesihatan diri.

Melihat kepada, arwah ayah saya, ayah & ibu mertua, mereka semua menghidapai pelbagai penyakit & penyakit yang sama mereka alami adalah kegagalan fungsi buah pinggang & menyebabkan mereka terpaksa menjalani proses rawatan dialisis. Kesusahan yang mereka alami memberi kesedaran kepada kami untuk menjaga kesihatan dari usia muda lagi. Selain itu, sejak selepas kahwin, berat kami semakin bertambah. Dari situ juga, timbul kesedaran untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik.


Saya mula memasuki program JomDetox iaitu sebuah program pengurusan berat badan. Program ini turut disokong dengan produk-produk Shaklee yang telah disusun rapi oleh pakar nutrisi Shaklee. Hasilnya, saya berjaya menurunkan berat badan dari 80kg ke 75 kg. Isteri pula, berjaya menurunkan berat badan dari 76 kg ke 69kg, dalam masa 2 bulan. Selepas itu, dari tahun 2022, saya mula menyertai program baru iaitu IFLAT juga untuk pengurusan berat badan. Saya berjaya menurunkan berat badan ke 70kg. Alhamdulillah. Saya juga mendaftarkan diri sebagai Coach IFLAT bagi mencari peluang untuk berkongsi dengan lebih ramai tentang kebaikan IFLAT.

Hasil dari kejayaan menyusukan anak & menurunkan berat badan menjadikan kami lebih yakin akan produk Shaklee. Maka, kami tekad & terus usaha menjadikan Shaklee sebagai bisnes kami. Mentor juga tidak pernah berputus asa & sentiasa memberi sokongan yang padu dalam membentuk kami menjadi business leader yang berjaya. Sokongan dari ahli keluarga, pelanggan & ahli kumpulan kami menjadikan kami teguh bersama Shaklee hingga hari ini.


Matlamat kami adalah memberi lebih kesedaran kepada orang-orang disekeliling kami akan kepentingan penjagaan kesihatan dari usia muda. Apabila kita fokus kepada kesihatan, maka hasilnya kita boleh perolehi bentuk badan, berat badan yang ideal serta dijauhkan dari penyakit-penyakit yang tidak diingini. Kesihatan yang lebih baik akan membolehkan kita menikmati kehidupan dengan lebih baik seperti lebih masa bersama keluarga, keluar berjalan-jalan, beribadah dengan lebih selesa & banyak lagi nikmat yang Allah telah sediakan.

Begitu lah serba-sedikit tentang kami. Diharapkan pengenalan ringkas ini dapat memberikan keyakinan kepada anda untuk memilih kami sebagai pembekal produk Shaklee & juga dapat menyertai kumpulan kami agar kita sama-sama dapat mencapai impian.
Kumpulan yang kami tubuhkan diberi nama Success Legacy Group (SLG) manakala kumpulan upline kami adalah Legasi Anugerah Terindah (LAT). Kami semua sentiasa bersama-sama & membantu satu sama lain untuk bersama-sama mencapai impian & kejayaan yang lebih tinggi. Keahlian sentiasa terbuka & tiada had yang ditetapkan.

Sebarang pembelian dari kami, anda akan dapat konsultasi percuma. Banyak info tambahan kami akan kongsikan kepada anda. Info tentang kesihatan & bagaimana untuk menjana pendapatan untuk kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.

Jika anda ada persoalan tentang vitamin, pemakanan & kesihatan, kami sedia membantu.

Jom sertai kami ye. Register di sini 



Salam Perkenalan dari Kami,
 
Haidzir & Hamraa
SID 1201299 
No tel: 0165572732 
Your trusted Shaklee Independent Distributor (SID) / Shaklee Business Builder / Coach IFLAT

Comments

Popular Posts