VITAMIN UNTUK WANITA DARI SUMBER SEMULAJADI

Kesihatan dan kesejahteraan wanita adalah aspek penting dalam menjalani kehidupan yang produktif dan penuh makna. Salah satu kunci untuk mencapai hal ini adalah dengan memahami peranan penting yang dimainkan oleh vitamin dalam menjaga fungsi tubuh yang optimum. Dalam perkongsian kali ini, saya akan kongsikan berkenaan pentingnya vitamin untuk wanita dan bagaimana vitamin-vitamin yang berasaskan bahan-bahan semulajadi yang dihasilkan oleh Shaklee seperti Shaklee Vitalize, GLA, Omega Guard, dan Ostenutrix, dapat memberikan sokongan yang diinginkan bagi mendapat manfaat kesihatan yang wanita inginkan..


Mengapa Vitamin Penting untuk Kesihatan Wanita?

Vitamin adalah bahan organik yang sangat penting bagi tubuh manusia. Wanita memiliki keperluan nutrisi yang unik, terutama kerana sering berlakunya perubahan hormon yang mereka alami sepanjang kehidupan mereka. Apabila berlaku sesuatu perubahan seperti kitaran haid, mengandung, bersalin, menopous dan sebagainya, tahap keperluan vitamin untuk wanita adalah berbeza-beza & berubah. Oleh kerana itulah, saya katakan keperluan vitamin untuk wanita adalah unik. Vitamin berperanan dalam menjaga fungsi sistem kekuatan, keseimbangan hormon, dan kesihatan umum. Oleh kerana itu, dengan memastikan pengambilan vitamin yang mencukupi adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan wanita.


Senarai Pilihan Terbaik: Vitamin Shaklee untuk Wanita

Shaklee Vita-lizeNutrien Penting untuk Kesihatan dan Kesejahteraan yang Optimum

Shaklee Vita-lize adalah penyelesaian multivitamin yang direka khusus untuk semua golongan termasuk wanita. Ia mengandung 25 jenis vitamin dan mineral penting seperti Vitamin C, Kalsium, Vitamin B, Zat Besi, Asid Folik dan banyak lagi, yang diperlukan oleh badan. Shaklee Vita-lize membantu menyokong penjanaan tenaga sepanjang hari dari makanan yang diambil. Ia juga menyokong fungsi metabolisma badan agar ia berfungsi secara optimum. Dengan pengambilan harian Shaklee Vita-lize, wanita dapat merasa lebih bertenaga dan bersedia menghadapi cabaran seharian.


Shaklee GLA Complex: Vitamin untuk Kesihatan Kulit dan Hormon Wanita

Asid lemak GLA (Gamma Linolenic Acid), memberikan manfaat yang luar biasa untuk wanita. GLA dapat membantu mengurangkan keradangan pada kulit, menjaga keanjalan kulit, dan bahkan meredakan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrom) seperti kesakitan pada bahagian pinggang, kepala & payudara. Shaklee mencipta vitamin berasaskan GLA yang dapat menjadi "teman" yang penting dalam menjaga kesihatan kulit dan keseimbangan hormon wanita. 


Omega Guard: Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi

Omega-3 adalah asid lemak yang sangat penting bagi kesihatan jantung dan fungsi otak. Omega Guard dari Shaklee mengandung EPA dan DHA, dua komponen utama Omega-3, yang membantu menjaga kesihatan kardiovaskular, mengurangkan risiko keradangan dan menyokong kesitan otak yang optimum. Ia juga membantu mengurangkan tahap trigliserida, yang merupakan salah satu punca yang menyebabkan serangan jantung dan stroke


Ostenutrix: Campuran Nutrien Untuk Tulang Yang Kuat

Kesihatan tulang adalah amat penting bagi wanita, terutama di saat penuaan. Ostenutrix, mengandungi kalsium dan vitamin D yang penting untuk menjaga kepadatan tulang dan mencegah osteoporosis. Dengan Ostenutrix, wanita dapat memastikan tulang tetap kuat dan sihat sepanjang hayat. Umum mengetahui bahawa apabila umur meningkat, kepadatan tulang semakin berkurangan terutamanya bagi wanita yang telah mengalami menopous. Ostenutrix mengangundi tiga jenis kalsium yang komprehensif bagi memastikan paras kalsium mencukupi dan penyerapan yang baik oleh badan. Selain itu, Ostenutrix juga mengandungi tujuh nutrien penting yang membantu pembinaan tulang.


Optimumkan Kesihatan Wanita dengan Vitamin Shaklee.

Ketika memilih supliment vitamin untuk wanita, adalah penting untuk memilih produk yang dipercayai, terbukti dan berkesan. Vitamin Shaklee seperti Vita-lize, GLA Complex, Omega Guard, dan Ostenutrix adalah penyelesaian yang direka khusus untuk memenuhi keperluan kesihatan wanita. Ramai telah mendapat manfaat setelah mengambil vitamin-vitamin Shaklee ini dalam diet harian mereka.

Vitamin adalah kunci untuk menjaga kesihatan wanita dalam setiap fasa kehidupan mereka. Dengan memilih vitamin yang tepat, seperti yang ditawarkan oleh Shaklee, wanita dapat memperoleh kesihatan yang optimum dan menjalani kehidupan yang aktif, bahagia, dan penuh beertenaga. Jangan ragu untuk menjadikan suplimen vitamin sebagai sebahagian yang penting dari rutin pemakanan kesihatan Anda!


Sekian perkongsian kali ini. Anda boleh dapatkan Vitamin Untuk Wanita ini dengan pergi ke cawangan yang berdekatan. Jika anda berada di sekitar pasir gudang atau johor bahru, cawangan terhampir adalah di Taman Molek. Sekiranya anda pergi ke cawangan atau HQ Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye sebelum kesana. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. Lebih jimat untuk anda.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1201299 


Jika anda kesuntukan masa, boleh hubungi saya (klik sini) untuk saya buat proses penghantaran terus ke rumah. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Banyak info tambahan saya akan kongsikan kepada anda. Info tentang kesihatan & jana pendapatan untuk kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.


Jika anda ada persoalan tentang vitamin, pemakanan & kesihatan, kami sedia membantu.


Sertai kami ye. Register di sini 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1201299 



#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#VitaminUntukWanita

#Vita-lize

#GLAComplex

#OmegaGuard

#Ostenutrix


Solusi Kesihatan Wanita melalui Vitamin Untuk Wanita,

 

Haidzir & Hamraa

SID 1201299 

No tel: 0165572732 

Your trusted Shaklee Independent Distributor / Shaklee Business Builder / Coach IFLAT


RUJUKAN:

1. Kawamura A et al. 2011. Dietary supplementation of gamma-linoleneic acid improves skin parameters in subjects with dry skin and mild atopic dermatitis. J Oleo Sci. 2011;60(12):597-607.

2. Kapoor R, Huang YS. 2006. Gamma linoleneic acid: an anti-inflammatory omega 6 fatty acid. Curr Pharm Biotechnol. 2006 Dec;7(6):531-4.

3. Gama, C.R.B., Lasmar, R., Gama, G.F. et al. (2014). Premenstrual Syndrome: Clinical Assessment of Treatment Out-comes Following Borago officinalis Extract Therapy. RBM, 71, 211-217.

4. Heather Currie and Rosemary Cochrane. (2010). Current options in the treatment of menopausal symptoms. Prescriber. Volume 21, Issue 13.

5. https://www.shaklee.com.my/products/health-solutions/10131

6. https://www.shaklee.com.my/products/health-solutions/10236

7. https://www.shakleetoday.my/ms/gla-for-every-woman-bm/

Comments

Popular Posts