SELESAIKAN MASALAH KULIT ANDA SEBELUM HARI RAYA MENJELMA
Kulit merupakan organ terbesar manusia. Namun, kesihatan kulit seringkali dibiarkan tanpa sebarang penjagaan. Persekitaran yang tercemar boleh menjadi punca kemorosotan kesihatan kulit selain pemakanan yang pelbagai, kurang makanan yang bernutrisi juga boleh menjadi punca kesihatan kulit yang semakin merosot.
Anda boleh ketahui tanda-tanda kesihatan kulit yang semakin merosot. Antara tanda-tandanya adalah;
- Jerawat
- Kedutan
- Lingkaran hitam dibawah mata
- Kulit kusam
- Kulit Kering
- Parut
- Liang roma yang besar
- Jeragat
Saya pasti ramai diluar sana sedang mengalami masalah-masalah kulit yang disenaraikan. Namun, sudahkan anda membuat tindakan yang seterusnya untuk selesaikan masalah kulit anda?
Bagaimana untuk selesaikan masalah kulit ini? Antara penyelesaian yang boleh kita usahakan adalah dengan Vitamin Kulit. Apa? Vitamin Kulit?
Yer. Tepat sekali. Badan kita memerlukan pelbagai vitamin tak terkecuali kulit kita. Vitamin boleh kita perolehi daripada pemakanan seharian kita. Namun, adakah kita yakin makanan yang kita ambil setiap hari mampu memberikan kadar vitamin yang mencukupi untuk keseluruhan badan? (termasuk kulit yer)
Jawapannya, pastinya TIDAK. Kenapa saya katakan tidak? Ini kerana, kebanyakkan makanan yang dimasak dengan suhu yang tinggi telah hilang kebanyakkan vitamin & banyak makanan sekarang dihasilkan lebih kepada keutamaan kepada rasa & bukan khasiat untuk tubuh badan. Makanan juga kini banyak tercemar oleh persekitaran seperti asap & bahan kimia bagi memastikan makanan tersebut tahan lama.
Jadi, vitamin apa yang dikatakan vitamin kulit?
PROTEIN merupakan salah satu asas binaan tisu kulit. Protein mengandungi asid amino yang menyokong pengeluaran kolagen. Ia juga membantu menguatkan & memberikan struktur pada kulit. Apabila anda mengambil jumlah protein yang mencukupi, kulit akan menjadi lebih cantik seperti yang orang katakan, flawless.
PROTEIN juga membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan kulit. Tahukah anda, kita mengalami proses penyalinan kulit setiap hari. Sel-sel kulit yang rosak akan gugur, terkopek & sel kulit yang baru akan digantikan. Lokasi yang boleh kita perhatikan adalah di kulit kepala. Cuba anda garu kepala, jika terdapat cebisan-cebisan kecil yang jatuh, itu merupakan sebagian daripada sel kulit yang telah rosak.
Apabila anda mengambil protein yang mencukupi, proses penyembuhan sel kulit dapat dipercepatkan. Jika anda ada kecederaan pada kulit, dengan mengambil protein ia dapat mempercepatkan penyembuhan kulit seterusnya mengurangkan risiko untuk terhasilnya parut pada kulit anda.
Selain daripada PROTEIN, vitamin kulit yang anda perlukan adalah VITAMIN C atau VIT-C.
VIT-C mempunyai ciri-ciri antioksidan, anti-radang, antipenuaan & antipigtari. Ini memberikan manfaat seperti;
- membantu penyembuhan luka
- membantu penghasilan kolagen seterusnya mencantikkan kulit
- mengurangkan penghasilan kedutan kulit
- mencerahkan kulit & mengurangkan kemerahan
VIT-C bukan sahaja bagus untuk kulit malah ia juga membantu meningkatkan sistem imun anda. Dah la dapat kulit cantik malah diri anda lebih sihat. Tiada lagi selalu ke klinik atau cuti sakit aje memanjang kan?
VIT-C yang mempunyai ciri anti-radang dapat membantu mengurangkan kemerahan yang disebabkan oleh jerawat. Kemerahan dapat dikurangkan & kandungan air dalam kulit juga dapat dikekalkan lebih lama menjadikan kulit anda tidak kering seterusnya membantu memulihkan jerawat pada kulit.
Dulu saya ada penyakit "athlete foot". Kulit kaki menjadi kasar, senang terkopek & mempunyai biji-biji air. Alhamdulillah, dengan pengambilan VIT-C yang mencukupi & konsisten, kulit kaki saya tidak lagi terkopek, tiada biji-biji air & tiada lagi kulit kasar.
Sekarang, anda dah faham apa vitamin kulit yang anda perlukan. Tapi, apa sumber yang mudah untuk kita dapatkan vitamin kulit ini?
Mudah sahaja, Shaklee ada ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour & Sustain Released Vita-C Plus.
- Membekalkan 14g protein Rendah Indeks Glisemik.
- Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – nilai tertinggi keterhadaman protein dan protein yang paling berkualiti.
- Mengandungi 9 asid amino
- Ditambah dengan 5 vitamin B dalam setiap hidangan
- Tinggi dengan kalsium
- Tanpa kolesterol
- Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*
*Amount of soy protein recommended to give the lowering effect on the blood cholesterol is 25g per day.
- Sustained Release Vita-C Plus™ adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.
- Dengan sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.
- Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.
Bulan ni Shaklee ada promosi Rahmah yang mana, anda dapat banyak gila penjimatan. Rugi kalu anda tak ambil cepat. Stok terhad.
Apa yang ada dalam promosi Rahmah ni, haa....boleh tengok pada poster kat bawah ni;
Healthy Rahmah Set A |
Dengan kos hanya RM99, anda akan dapat kebaikan daripada ESP + Vita-C Plus. Anda juga akan dapat penjimatan lebih RM180. Mana nak dapatkan offer macam ni kat tempat lain. Nak dapatkan lebih penjimatan?
Healthy Rahmah Set B |
Ambil set yang ni. Anda dapat penjimatan lebih kurang RM380 sekali beli. Wow! Sangat. Ini baru betul-betul rahmah. So, jangan berlengah lagi. Kebiasaanya, promosi sebegini, stok sangat cepat susut. Siapa grab dulu, dapat dulu & semestinya bakal mendapat kulit cantik terlebih dahulu. Raya dah dekat ni. Jom! Dapatkan set promosi Healthy Rahmah ini.
Urusan mudah untuk dapatkan set promosi ini, hanya klik sini sekarang --> Set Healthy Rahmah
atau
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. Lebih jimat untuk anda.
Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Banyak info tambahan saya akan kongsikan kepada anda. Info tentang kesihatan & jana pendapatan untuk kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.
Jika anda ada persoalan tentang vitamin, pemakanan & kesihatan, kami sedia membantu.
Join kami ye. Register di sini
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Best Regards,
Haidzir
SID 1201299
No tel: 0165572732
Your trusted Shaklee Independent Distributor / Shaklee Business Builder
Sumber Info:
https://www.shakleetoday.my/ms/especially-loved-by-the-whole-family-bm/
https://www.shakleetoday.my/ms/have-you-taken-your-vitamin-c-today-bm/
Alhamdulillah 45 series takde masalah jerawat jeragat
ReplyDeleteSejak amalkan ESP dan vitC ni 2 tahun lepas, kulit saya lebih sihat
ReplyDeleteMemang best bila konsisten dua-dua ni.. Kulit maintain je, takde naik2 jerawat or jeragat..
ReplyDelete