7 CARA KURUS DENGAN CEPAT & SERONOK
Setiap tahun, majoriti kita akan ada azam untuk turunkan berat badan, kurus dengan cepat atau dapatkan bentuk badan yang ideal. Kan...😁
Namun, kesungguhan untuk mencapai azam@impian kita itu seringkali tersangkut, tersidai di tengah jalan. Huhu...apa sebab yer? Antara sebabnya adalah kerana kurang motivasi, tak nampak result atau teknik yang terlalu susah sehingga menghilangkan motivasi kita. Ini saya bagitau sebab saya pun pernah alaminya suatu masa yang lalu. Stress ooo...😩, nak kurus dengan cepat tapi terpaksa bersusah.
Apa-apa pun, jom baca yang seterusnya dimana saya kongsikan cara-cara untuk kurus dengan cepat & seronok. Tiada lagi tangisan air mata melihat penimbang berat. Haha....jom 💪🏽
Cara-Cara Kurus Dengan Cepat & Seronok
1. Minum Air Kosong Secukupnya
Sel-sel badan manusia terdiri dari 45%-75% air. Apabila air kurang dalam badan, Maka sel badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Sistem perkumuhan badan kita pun akan terbantut. Maka, tersangkut la tosik dalam badan, lemak tidak dapat digunakn sebaiknya oleh badan.
Air Kosong juga tiada kalori. Apabila tiada kalori, Maka tiada penambahan gula & karbohidrat ke dalam badan. Gula antara punca kenaikan berat badan, penambahan lemak dalam badan kita secara mendadak. Sediakan 1 botol air dengan kapasiti 1L atau 2L & bawa bersama anda. Bila air dah dekat ni, lebih mudah untuk kita minum & kita akan lebih enjoy. Minum air pun kena enjoy yer sebab kita nak kurus dengan cepat & seronok. Hehe...
2. Ambil protein secukupnya
Anda perlu ambil jumlah protein yang secukupnya mengikut keperluan badan. Formula ringkas yang boleh digunakan adalah setiap 1kg berat badan, anda perlukan 1g protein. Berdasarkan info dari website healthline, lelaki memerlukan 56-91 gram sehari & wanita memerlukan 46-75 gram sehari.
Protein membantu pembinaan sel-sel badan termasuk sel otot. Jika anda inginkan bentuk badan yang ideal tanpa kulit yang mengelebeh, protein akan membantu membina otot bagi menggantikan lemak yang hilang di dalam badan. Otot juga membantu dalam meningkatkan metabolisma badan (dengan menggunakan lemak & karbohidrat di dalam badan) & seterusnya membakar lemak secara automatik walaupun anda tidak bersenam. Bagi membolehkan anda menjadi kurus dengan cepat, tingkatkan pengambilan protein seperti yang disarankan.
Ambil bahagian makanan yang bersesuaian |
3. Kurangkan bahagian pengambilan makanan
Manusia ni suka kepada perkara yang cepat. Bukan sahaja ingin kurus dengan cepat, makan dengan cepat dengan cepat pun sudah menjadi kebiasaan. Tengok la sahaja di semua rangkaian kedai makanan segera (fast food) seperti McD & KFC. Pergh....panjangnya beratur.
Setiap makanan & minuman yang kita ambil ada kalori yang tersendiri. Kalori yang berlebihan akan menyebabkan penambahan gula & lemak yang berlebihan seterusnya akan disimpan di dalam badan. Patut la, jika kita makan terlebih maka akan jadi gemuk. Melalui pengurangan bahagian pengambilan makanan (& minuman), kita mengurangkan jumlah kalori yang masuk & tiada penambahan gula & lemak. Badan akan menggunakan gula & lemak sedia ada di dalam badan. Ini membantu lemak di dalam badan untuk berkurangan. Saya sarankan supaya anda amalkan diet suku-suku-separuh. Suku bahagian nasi & ayam/daging/ikan & separuh bahagian sayur dan buah-buahan.
Sekiranya anda sudah terbiasa dengan bahagian yang banyak, maka saya sarankan anda kurangkan suku atau separuh dari jumlah itu. Ini supaya badan anda tidak terkejut & stress. Seperti yang saya katakan, kita nak kurus dengan cepat & seronok.
4. Amalkan Intermittent Fasting
Pernah dengar kawan-kawan sembang pasal IF? Anda tahu apa IF tu?
Bagi anda yang tak tahu, IF adalah singkatan kepada Intermittent Fasting. Bagi membolehkan anda kurus dengan cepat & seronok, teknik IF ni amat sesuai. IF adalah teknik mengubah pola pemakanan dimana anda berganti antara makan & berpuasa. Anda boleh memilih untuk berpuasa selama 12-20 jam & baki 4-12 jam tu anda boleh makan. Ini lah cara untuk kita kurus dengan cepat & seronok. Tiada sekatan pada apa yang anda ingin makan. Namun, harus diingatkan, berpada-pada dalam pengambilan bahagian makanan.
IF ada dua teknik iaitu Dry Fasting atau Wet Fasting. Jika anda memilih Dry Fasting, maka anda boleh berpuasa seperti mana kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tiada makan & minum sepanjang tempoh puasa. Bagi yang memilih Wet Fasting, di dalam tempoh puasa, anda dibenarkan untuk minum air kosong atau air yang tiada kalori (a.k.a gula). Bagi saya, teknik Wet Fasting lebih mudah untuk kita kurus dengan cepat & seronok.
5. Tidur Secukupnya & Ikut Aturan
Badan manusia ini sememangnya perlukan rehat. Robot atau mesin pun perlu rehat apa lagi kita manusia. Rehat secukupnya membolehkan badan membaik pulih sel-sel badan dengan lebih baik. Tidur secukupnya dapat membantu mengurangkan penghasilan toksin dalam badan. Ini adalah penting kenapa kita perlu mendapatkan rehat yang mencukupi setiap hari. Baru la kita dapat kurus dengan cepat & seronok.
Ketahui makanan yang mengandungi Gula & Karbohidrat |
Gula & Karbohidrat merupakan salah satu komponen di dalam piramid makanan. Namun, ia tidak sepatutnya diambil secara berlebihan. Kenapa tidak boleh? Ini kerana gula yang berlebihan, akan ditukarkan kepada fatty acid a.k.a lemak. Jangan kita ingat, makanan yang rasa manis sahaja yang ada mengandungi gula. Makanan lain seperti nasi & roti juga mengandungi gula tersembunyi. Jadi adalah penting bagi kita untuk mengetahui jenis-jenis makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi. Maka, untuk kita kurus dengan cepat seharusnya kita hindari/kurangkan makanan yang mengandungi gula & karbohidrat yang tinggi.
7. Supplement Dengan Bijak
Kita seharusnya mengetahui supplement yang diperlukan bagi mencukupkan nutrisi di dalam badan. Makanan seharian kita mungkin tidak dapat membekalkan nutrisi sepenuhnya kerana faktor-faktor seperti cara masakan, penanaman, pengangkutan yang akan menjejaskan nutrisi di dalam makanan seharian. Selain itu, untuk kita kurus dengan cepat & seronok, kita hadkan pengambilan makanan. Ini akan mengurangkan jumlah nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Oleh itu, pengambilan suppliment amat digalakkan bagi menampung nutrisi yang kurang. Selain itu, suppliment juga dapat membantu sistem badan seperti perkumuhan untuk berfungsi dengan lebih baik. Sistem perkumuhan yang baik akan menyingkirkan toksin dari badan seterusnya menjadikan diri kita kurus dengan cepat & badan lebih segar, ceria dan seronok.
PROGRAM IFLAT
Salah satu testimoni peserta program IFLAT |
Berkesempatan ini, ingin saya berkongsi tentang sebuah program yang dapat membantu anda untuk kurus dengan cepat & seronok. Program apa itu? Tentunya program IFLAT. Program ini merupakan gabungan perkataan Intermittent Fasting (IF) & Legasi Anugerah Terindah (LAT).
Di dalam program ini, peserta akan diajar tentang teknik Intermittent Fasting. Anda akan diajar ilmu asas tentang IF, ilmu nutrisi berkaitan tubuh badan, faktor-faktor yang mempengaruhi badan, cara-cara senaman yang bersesuaian & macam-macam lagi ilmu, agar diakhirnya, anda mencapai impian & matlamat untuk kurus dengan cepat.
Kebiasaanya, jika kita berdiet seorang diri, potensi untuk kita kecundang di tengah jalan adalah sangat tinggi. Apabila anda bersama program IFLAT ini, anda akan mendapat sokongan sepenuhnya dari coach-coach & rakan-rakan peserta yang lain. Motivasi & Semangat kita akan usahakan agar anda dapat kurus dengan cepat & seronok. Anda juga boleh bertanya pelbagai persoalan yang selama ini membelenggu diri berkaitan penjagaan kesihatan diri.
Program IFLAT ini didatangkan dengan set suppliment yang bersesuaian sebagai membantu untuk anda kurus dengan cepat. Jenis suppliment di dalam set ini telah pun di pantau & diatur oleh pakar nutrisi Shaklee. Maka, tiada keraguan lagi, suppliment ini memang khas untuk membantu anda kurus dengan cepat.
Senarai supplement bersama program IFLAT berserta manfaat ringkasnya adalah seperti berikut;
- CINCH Shake - Membekalkan protein bagi pembinaan otot
- OmegaGuard - Membakar lemak
- Lecithin - Memecahkan lemak
- Herblax - Melancarkan pembuangan toksin di usus.
- 4 supplement tambahan yang lain - Melancarkan pencernaan, meningkatkan metabolisma badan, anti-oksidan, memulishkan sel, membekalkan tenaga
Supplement yang di susun oleh pakar nutrisi Shaklee |
Sumber Info;
https://www.greelane.com/ms/sains-teknikal-matematik/sains/how-much-of-your-body-is-water
https://www.healthline.com/nutrition/how-much-protein-per-day
https://www.healthline.com/nutrition/what-is-intermittent-fasting
Comments
Post a Comment