MERIAH HARI RAYA OPEN HOUSE 2023

Pelbagai juadah hari raya ketika open house

Selesai dah Dua minggu kita berhari raya. Anda mesti banyak pengalaman, suka & duka Dan macam-macam lagi perkara berlaku kan? hehe....

Entri blog Kali ni, saya nak kongsikan pengalaman berhari raya open house yang saya alami. 

Saya mulakan perjalanan raya Kali ni dengan bergerak dari Pasir Gudang, Johor ke Puncak Alam, Selangor. Hari khamis, 20 April 2023 saya sekeluarga dah bergerak. Masa tu, topik yang trending adalah raya Hari jumaat atau Sabtu. haha...

Jadi, kami pun bergerak la awal sikit. Kalau raya Hari jumaat, sempat la kn nak puasa 1 Hari dengan mak kat Puncak alam. 

Sepanjang perjalanan, alhamdulillah, lancar sangat. Kereta banyak di lebuhraya tapi takde jem. Wow!  Gerak pukul 10pagi sampai dalam 4 petang. Kira ok la kn. Bawa pun chill2 je. Hehe...Malam lepas buka puasa, apa lagi, pastikan tv ON untuk dengar pengumuman raya. Alhamdulillah. Raya jatuh pada hari sabtu. Takde la kalut. hehe...

Jumaat keesokannya, mak ajak ziarah kubur ayah di Bukit Cherakah. Ayah meninggal tahun lepas, bulan September. So, raya tahun ni memang rasa lain la. Takde dah ayah yang selalu bagi nasihat & kongsi cerita. Hari jumaat masih lagi puasa, jadi takde la aktiviti sangat. Cuaca pun panas. Kita duk kat rumah je la.

Hari Sabtu, raya pertama, selepas solat raya, saya sekeluarga bersama mak, abang & adik bergerak beraya di Selayang. Biasa kita ingatkan hari raya mesti tak jem kat sekitar lembah klang ni. Huhu...pandangan meleset. Biasa 30 minit boleh sampai Selayang dari Puncak Alam. Ni ambil lebih sejam baru sampai. Adoi....rasanya ramai yang beraya kat lembah klang lagi ni. Kat Selayang ni ada dua rumah. Settle kat Selayang, kita gerak ke Ampang pula. Rumah ke-3. 

On the way beraya ke Selayang


Pun sama wei....jem panjang sangat kat bulatan batu caves. Nak ke Ampang ni, tu la salah satu jalan. Nasih baik la abang long tau jalan lain. Kalu tak, habis sangkut berjam nak menghadap jem.

Settle rumah kat ampang, jam dah tunjukkan dalam pukul 3 petang. Mak ajak pergi raya dekat puncak perdana. rumah sepupu mak. Lepas settle kt puncak perdana, baru la balik rumah. Dapat berehat akhirnya. Walau hanya empat rumah, tapi penat juga la. Nasib baik bukan saya yang pandu kereta. hehehe...

Hari raya ke-2, kami raya jauh sikit. Kita ke Ipoh lak. Semalamnya, kami anggarkan dalam 2.5 jam untuk sampai ke Ipoh. Tapi, meleset sekali lagi. Huhu...highway jem wei...adoi....sesak habis. 4 jam baru sampai ke Ipoh. Waktu sampai tu, rasanya dah pukul 2 petang. perghh...dashyat tau. Budak-budak dah kebosanan duk dalam kereta. nasib baik, dorang tak merenget. Dah bosan, tidur je. Bangun-bangun dah sampai. haha...

Next, sette kat Ipoh, kami ke Kg Bali, Tronoh pula. Raya rumah keluarga angkat saya masa belajar kat UTP. Sampai sana dah dekat pukul 5 petang. Lewat juga la. Plan sebelum ni nak sampai lepas zohor. Ni dah asar baru sampai. Semuanya akibat jem. 

Sempat beraya di Kg Bali, Tronoh


Pukul 6 petang, mula gerak dari Kg Bali untuk balik. So, kali ni, kita cuba elakkan highway sebab dah tinjau guna apps waze. Highway sana jem teruk. So, guna la jalan dalam. Kalau tak silap, sampai ke sungkai rasanya guna jalan dalam. Lepas tu baru masuh highway. Anda raya pukul berapa sampai Puncak Alam? Pergh...pukul 9 malam baru sampai. 

Nasib baik la masa beraya makan banyak. Takde la lapar sangat masa malam. Tapi, sebab ingatkan pada budak-budak, singgah la sekejap kat Family Mart drive-thru. Nak dijadikan cerita, hujan lebat lak masa nak order. buka tingkap sikit, habis basah orang kat dalam. Bukan hujan biasa-biasa ni, siap pakej angin. Settle membeli-belah, maka balik la rumah untuk berehat. Raya dua buah rumah je. tp, perjalanannya satu hari. dahsyat...dahsyat.

Gitu la raya kan....

Selain hari raya, open house turut muncul bak cendawan selepas hujan. Gitu la rezeki rakyat Malaysia ni. Alhamdulillah banyak rezeki mereka yang mengadakan open house ni. Kami doakan semuanya terus dilimpahi rezeki yang lebih banyak.

Jadual kami setiap weekend memang sekarang ni dah penuh dengan jemputan open house. Alhamdulillah 😀

Hadir open house sekolah anak

Rezeki anak sulung, dapat duit raya & buku haiwan dari tuan rumah


Cuaca panas waktu hari raya open house ni, memang memenatkan. Kita akan cepat lesu. Maka, hati-hati dengan simptom strok haba. Cegah sebelum terkena.  Apa yang anda boleh lakukan adalah memastikan badan dalam keadaan hidrasi dengan baik. Shaklee Performance Drink InsyaAllah dapat membantu mengekalkan hidrasi badan.

Apabila badan penat berhari raya open house ni, kami akan ambil resV untuk membekalkan tenaga di peringkat sel. Maka, setelah seharian berhari raya open house, anda akan kurang rasa letih.

Musim raya ni, anda mesti akan makan pelbagai makanan yang tinggi karbo dan lemak. Maka, naik la berat badan kita. Huhu....sama je la kita. Tapi, jangan risau. Apabila anda join IFLAT, anda boleh belajar bagaimana untuk mengembalikan berat badan seperti bulan Ramadhan yang lalu.

Supplement Shaklee yang diambil sepanjang IFLAT berserta tips-tips sokongan dari ahli kumpulan, insyaAllah akan membantu anda.


Sekian sahaja untuk entri kali ini.  Jumpa lagi di entri yang seterusnya. Selamat Hari Raya Open House untuk semua.


Sekiranya anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. Lebih jimat untuk anda.


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1201299 


Sebarang pembelian dari saya, anda akan dapat konsultasi percuma. Banyak info tambahan saya akan kongsikan kepada anda. Info tentang kesihatan & jana pendapatan untuk kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.

Jika anda ada persoalan tentang vitamin, pemakanan & kesihatan, kami sedia membantu.


Join kami ye. Register di sini 

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1201299 


#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#meriahrayaShaklee

#Shaklee

#harirayaopenhouse




Best Regards, 


Haidzir & Hamraa

SID 1201299 

No tel: 0165572732 

Your trusted Shaklee Independent Distributor / Shaklee Business Builder

Comments

Popular Posts