VITAMIN E UNTUK SEMUA, 5 KEBAIKAN UNTUK ANDA
Di dalam menjaga kesihatan tubuh badan kita, pastinya pelbagai vitamin yang kita ambil setiap hari dari pelbagai sumber. baik makanan mahupun suppliment. Post kali ini, saya ingin kongsikan berkaitan salah satu vitamin larut lemak iaitu Vitamin E. Vitamin larut lemak ada empat iaitu Vitamin A, D, E & K. Mengapa ia larut lemak? Ini keranan, vitamin-vitamin A,D,E,K ini memerlukan lemak sebagai pengangkutan untuk disebar & diserap ke organ badan yang memerlukannya.
Baik, kembali kepada vitamin E, selain daripada ianya adalah dalam kategori vitamin larut lemak, ia juga mempunyai ciri antioksidan yang mana ia membantu melawan radikal bebas di dalam badan. Radikal bebas adalah antara salah satu punca kemerosotan kesihatan badan kerana ianya menyerang diperingkat sel badan. Oleh itu, vitamin E merupakan vitamin yang penting untuk tubuh badan dan ia diperlukan bagi memastikan organ-organ badan dapat berfungsi dengan baik.
Vitamin E juga dikenali sebgai vitamin jantung dan manfaat-manfaat kesihatan lain dimana saya akan kongsikan sebentar lagi.
5 KEBAIKAN VITAMIN E UNTUK ANDA
Bantu Fungsi Otak Menjadi Lebih Baik
Hasil kajian pada tahun 2014 mendapati bahawa pengambilan vitamin E membantu meningkatkan fungsi kognitif otak. Kognitif adalah salah satu fungsi otak yang mengatur kemampuan penafsiran seseorang pada persekitan, perhatian, bahasa, memori & sebagainya. Fungsi kognitif didapati menurun sejajar dengan peningkatan usia & depresi yang dialami seseorang. Antara tanda penurunan fungsi kognitif otak adalah menjadi pelupa atau rasa sukar dalam daya fikiran.
Oleh itu, apabila anda mengambil vitamin E, ini membantu menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik dan vitamin E juga dapat mengurangkan risiko penyakit Alzheimer.
Mengekalkan Kulit Berseri
Vitamin E mempunyai ciri antioksidan yang berfungsi mengurangkan keradangan pada kulit. Ia meredakan dan menenangkan kulit akibat keradangan yang dialami. Selain itu, vitamin E juga membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi ia daripada kerosakan.
Sekiranya, kulit anda terasa kering. Ini berkemungkinan kurangnya pelembap di lapisan kulit anda. Pengambilan vitamn E, dapat meningkatkan lapisan minyak pada kulit seterusnya mengekalkan kelembapan kulit anda. Vitamin E apabila digabungkan dengan vitamin C, pasti menjadikan kulit lebih berseri setiap hari.
Meningkatkan Kecergasan Sperma
Bagi anda yang merancang untuk mendapatkan anak, maka vitamin E dapat membantu anda. Ini kerana, vitamin E dapat membantu meningkatkan jumlah sperma yang sihat serta melindungi ia dari serangan radikal bebas. Pada tahun 2011, sebuah kajian dijalankan terhadap 690 lelaki dengan diberikan vitamin E & selenium selama dua minggu. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa 52.6% mengalami penambahbaikan dari segi pergerakan sperma, morfologi atau kedua-duanya dan 10.8% mengalami kehamilan terus.
Menyokong Kesihatan Jantung
Organ jantung merupakan salah satu organ terpenting dalam tubuh badan manusia. Maka, sememangnya ia perlu dijada dengan sebaiknya. Vitamin E dapat menambah baik pengaliran darah di dalam jantung dan seterusnya mengekalkan kesihatan jantung pada tahap optimum.
Vitamin E menghalang oksidasi kolesterol LDL dimana ia mengurangkan pembentukkan plak di salur darah. Pembentukkan plak boleh menyebabkan salur darah sempit dan tersumbat. Ini menjejaskan pengaliran darah di jantung & seluruh badan.
Meningkatkan Kecergasan & Prestasi Sukan
Bagi anda yang suka bersukan (macam saya, hehe....), vitamin E dapat membantu mengurangkan kekejangan otot anda. Ia juga mengurangkan kesakitan otot dan kerosakan sel. Selain itu, vitamin E juga dapat membantu mengekalkan jisim otot anda. Oleh itu, ahli sukan, peminat sukan, pemain sukan yang aktif dimana banyak menggunakan pergerakan otot, maka vitamin E sangat membantu dalam meningkatkan prestasi anda.
SUMBER VITAMIN E
Setelah anda memahami kebaikan vitamin E terhadap tubuh badan anda, saya yakin, pasti anda ingin mendapatkan sumber makanan yang mengandungi vitamin E yang mencukupi. Antara makanan yang dapat membekalkan vitamin E adalah minyak biji gandum, kacang almond, buah avocado, biji bunga matahari atau kuaci & pelbagai lagi sumber biji-bijian dan kekacang. Namun, setiap makanan membekalkan jumlah vitamin E yang berbeza. Jadi, anda perlu tahu berapa jumlah vitamin E dalam setiap sumber makanan tersebut.
Saya mencadangkan untuk anda mendapatkan jumlah vitamin E yang konsisten setiap hari, ambil la Shaklee Vitamin E Complex. Ia mengandungi 400 IU vitamin E dari sumber semulajadi minyak kacang soya dan ia dalam bentuk yang mudah diserap oleh badan iaitu D-alpha-tocopherol. Selain itu, ia juga mempunyai manfaat tambahan seperti 65mg Selenium untuk mendapatkan fungsi vitamin E yang optimum.
Pengambilan Shaklee Vitamin E Complex juga memberi kemudahan & penjimatan kepada anda. Hanya satu biji sehari diperlukan & kos sehari yang perlu anda belanjakan hanyalah RM 1.06 sehari. Ianya memudahkan & menjimatkan berbanding jika anda mengambil terus sumber makanan kekacang & bijiran setiap hari. Hari-hari makan kacang, bosan juga kan? hehe...
Sekian perkongsian kali ini. Anda boleh dapatkan Shaklee Vitamin E Complex dengan pergi ke cawangan yang berdekatan. Jika anda berada di sekitar pasir gudang atau johor bahru, cawangan terhampir adalah di Taman Molek. Sekiranya anda pergi ke cawangan atau HQ Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye sebelum kesana. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. Lebih jimat untuk anda.
Sumber:
https://www.kompas.com/sains/read/2021/09/06/103200723/fungsi-kognitif-pada-manusia.
Fata G., Weber P., and Hasan M., Mohajeri ., Effects of Vitamin E on Cognitive Performance during Ageing and in Alzheimer’s Disease Nutrients 2014 Dec ; 6(12): 5453 5472.
Comments
Post a Comment