KELEBIHAN ANDA KERJA DARI RUMAH

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Banyak suasana telah berubah sejak Covid-19 melanda seluruh dunia. Pandemik covid-19 telah menyebabkan keseluruhan dunia berubah dari norma lama kepada norma baharu. Antara norma baharu yang semakin mendapat tempat dikalangan pekerja sekarang adalah kerja dari rumah. Sehingga kini, banyak syarikat di luar sana menyediakan kemudahan kerja dari rumah bagi menarik lebih ramai untuk menyertai syarikat tersebut.

Syarikat yang kini saya bekerja turut menyediakan plan flexibel dimana pekerja dibenarkan memilih satu hari dalam seminggu untuk kerja dari rumah. Alhamdulillah sangat. Saya suka dengan kemudahan yang ada ini. 

Saya akan memilih hari jumaat untuk kerja dari rumah kerana saya boleh membawa anak sulung saya untuk ke masjid bagi solat jumaat. Tiada lagi tergesa-gesa untuk cari makan tengahari & solat jumaat. Rehat pada hari jumaat adalah selama 2 jam dari 12.30 tengahari. Namun, jika saya dari pejabat, memang suntuk sangat masa. Nak cari makan lagi, nak bersiap ke masjid lagi. Jadi, dengan kerja dari rumah pada hari jumaat, ia memberikan sedikit ruang masa tambahan buat saya.


KELEBIHAN KERJA DARI RUMAH

Entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa kelebihan kerja dari rumah. Semoga ia menjadi inspirasi buat anda untuk turut mencuba kerja dari rumah ini.

Pengurusan Masa Flexibel

Apabila anda kerja dari rumah, semestinya tiada bos atau rakan sekerja yang memerhatikan anda. Maka, dari situ, anda bebas menyusun masa untuk bekerja, berehat & sebagainya. Anda juga tidak perlu untuk mengejar masa ke pejabat semata-mata untuk face scan atau clock-in masa bekerja. Kebebasan ini lah yang sering dicari oleh generasi masa kini. 

Masa bekerja selama 8 hingga 9 jam, adalah sepenuhnya dibawah kawalan anda. Gunakan sebaiknya agar tiada kerja yang tertangguh hingga memberi kesan yang buruk kepada kerjaya anda.

Tentukan Susana/Ruang Bekerja

Apabila kita masuk bekerja di sesebuah syarikat, sudah tersedia meja, peralatan serta suasana bekerja mengikut culture syarikat tersebut. Kita tiada pilihan untuk mencoraknya. Kita mungkin boleh letak sedikit perhiasan kecil dimeja & tidak boleh lebih dari itu. Kerja dari rumah, memberikan ruang bagi kita menentukan sendiri suasana & ruang bekerja. 

Kerja dari rumah, anda tentukan sendiri style anda. Nak minimalist boleh, nak rock boleh, nak islamic boleh. Semuanya anda tentukan sendiri. Cadangan saya, setup tema atau suasana kerja yang dapat memberikan ketenangan & kemudahan unutk bekerja. Kerja dari rumah atau dari pejabat, hasilnya perlu la sama & jika mampu dapat menghasilkan mutu yang lebih baik.

Lebih Masa Bersama Keluarga

Setiap hari kita bekerja antara 8 hingga 9 jam. anak-anak kebiasaanya pasti kita tempatkan di tempat pengasuh. Kerja dari rumah, memberikan kita ruang masa yang extra untuk bersama anak-anak. Walaupun, mungkin tak banyak sebab anak-anak yang bersekolah, perlu berada di sekolah & masa mereka juga penuh dengan pelbagai aktiviti. Namun, apabila mereka pulang dari sekolah pada waktu tenghari & petang, kita sudah ada menanti mereka dirumah.

Masa bersama keluarga adalah sangat bernilai & kita seringkali lupa tentangnya. Maka, apabila kita kerja dari rumah ini, lebihan masa yang anda, gunakan sebaiknya untuk bersama keluarga. walau mungkin sekadar mendengar pendapat atau cerita mereka atau menjawab soalan-soalan yang pelbgai dari mereka. hahaha....anak-anak hanya ingin sedikit perhatian & respon kita. Ada extra masa, boleh kita beri extra response. hehe...


PELUANG KERJA DARI RUMAH

Bagi anda yang mencari peluang kerja, disini saya ada offer untuk kerja dari rumah bersama Shaklee Malaysia. Bagaimana?

Klik link ini (https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1201299 ) untuk daftar sebagai Pengedar Shaklee atau lebih dikenali sebagai SID, Shaklee Independent Distributor. Setelah anda daftar, hubungi saya untuk saya & isteri terangkan & tunjukkan bagaimana untuk anda kerja dari rumah & menjana pendapatan yang lumayan. Shaklee Malaysia membuka peluang bisnes secara online & menjana pendapat yang lumayan. Jemput baca entri ini pula --> BISNES ONLINE TERBAIK! JANA PENDAPATAN BERTINGKAT. (hamraahaidzir.blogspot.com)

Ramai telah membuktikan bahawa dengan bersama Shaklee Malaysia, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan. Kebanyakkan dari SID adalah kerja dari rumah sahaja. Semua kelebihan yang saya terangkan tadi, telah pun mereka capai & malah mereka mendapat lebih lagi. Kini tiba masa anda pula untuk menjadi seperti mereka.


Sekian entri kali ini. Berjumpa lagi di entri yang akan datang.

Ingin tahu lagi tentang kerja dari rumah? Baca sini pula --> KERJA DARI RUMAH


Sekiranya anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ini siap-siap ye. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus tau. Lebih jimat untuk anda. Lebih peluang untuk anda kerja dari rumah & jana pendapatan.


Jika anda ada persoalan tentang vitamin, pemakanan & kesihatan serta bagaimana untuk menjana pendapatan melalui kerja dari rumah, kami sedia membantu.

Join kami ye. Register di sini 


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#kerjadarirumah


Kerja Dari Rumah. Norma Baharu Kerjaya Anda.

Best Regards, 
Haidzir & Hamraa
SID 1201299 
No tel: 0165572732 
Your trusted Shaklee Independent Distributor / Shaklee Business Builder / Coach IFLAT

Comments

Popular Posts