#JomDetoxJutawan 38.0 After Effect

Assalammualaikum & Selamat datang ke Blog kami. 

Harini, kami nak kongsikan tentang pengalaman & pengajaran yang kami perolehi dari kelas #JomDetoxJutawan 38.0. Sebelum itu....

Apa itu #JomDetoxJutawan 38.0?

Kelas #JomDetoxJutawan 38.0

Haaa...ia merupakan satu kelas coaching berkenaan bagaimana untuk kita detoksifikasi badan kita. Kelas ini merupakan kelas yang ke 38. Haaa....banyak dah kelas ni dibuat. Dulu setiap bulan 2x. Tapi, sekarang setiap bulan 1x. Setiap kelas akan berlangsung selama 15 hari & ia dibuat secara online saja. Haa...mudahkan? Jadi, walau dimana anda berada, anda boleh join.

Kelas ini akan dikendalikan oleh coaches yang bertauliah. Setiap individu akan dipecahkan kepada beberapa coach. Jadi, coach boleh guide personally pada setiap individu. Wow! Menarikkan. Kiranya macam dapat personal trainer la. Hehehe...

Kenapa kena detoks? Sebab badan kita sebenarnya ada toksik yang kita tak sedar. Ia berpunca dari pemakanan, gaya hidup & persekitaran kita. Jadi, dengan detoks ini, ia dapat membantu organ-organ badan untuk keluarkan tosik dalam badan seterusnya menjadikan badan kita lebih sihat, bertenaga serta dapat menurunkan berat badan yang berlebihan. Best sangat!

Antara kesan bila toksin banyak dalam badan.

Pengalaman 15 hari program.

Jadi, apa yang diajar sepanjang 15 hari program?

Oppss...detail program saya tak dapat kongsikan disini. Anda kena la join. Hehe...

Kenapa tak boleh kongsikan? Kerana ia adalah rahsia eksklusif #JomDetoxJutawan. Sebab ia berbayar yer. Kalu saya kongsikan, tak adil buat peserta-peserta yang telah join & founder kelas yang telah bertungkus-lumus bagi menyediakan silibus, meal plan, aktiviti, nota & sebagainya.

Tapi, jangan risau. Kami akan kongsikan pengalaman yang kami lalui sepanjang 15 hari tu.

Pertama, 1st day kelas bermula, rasa risau juga. Boleh ke complete kan 15 hari program? Kena berlapar ke? Banyak ke suplimen yang kena ambil? Aduh...risau sangat. Tapi, sebenarnya, coaches akan ajar kita step by step. Bukan terus kena terjah makan berkoyan-koyan suplimen atau kena berpuasa sepanjang program. Haha....

1st ada beberapa daily habit yang perlu kita amalkan. So, setiap hari, coaches akan perkenalkan 1 daily habit. Mudah je. Anda jangan risau la. Ada peserta, amalkan daily habit saja, dapat turunkan beberapa kg berat badan. Wow! Alhamdulillah, kami pun dapat turun berat badan. Tp dlm 1-2 kg la. hehe...Tapi, rasa badan lebih segar dengan amalkan daily habit ni.

Kemudian, coaches akan berikan set menu-menu yang kita ambil setiap hari. Setiap hari menu berlainan tau. Coaches juga akan berikan tips & resepi bagaimana untuk sediakan menu-menu tersebut, supaya ia jadi lebih sedap & menyelerakan.

Antara menu yang disediakan. Nampak sedap kn? Nyum...

Masa 1st day cuba menu tu, risau juga sebab permulaan menu ni semua sayur je. Boleh ke hidup dengan makan sayur je? Huhu...ye la. Selama ini mana pernah makan sayur je untuk seharian. Secara jujurnya, kami pun bukan la penggemar sayur. Kalau 1 pinggan tu, sayur tu kira 1 - 2 sudu je. Hahaha...teruk betul dulu.

Tapi, dengan kelas #JomDetoxJutawan ni, makan sayur ini, perkara mudah. Boleh buat sebenarnya. Kalau salad tu, siap ada resepi dressing lagi. So, takde la makan sayur rasa tawar je. Hehe...

Selain menu sayur, ada juga menu telur, ayam & ikan. Jadi, anda jangan risau. Seminggu tak payah nak pening menu apa nak buat. Semua coaches dan sediakan. Mudah sangat.

Di hari-hari akhir kelas, Alhamdulillah, kami berjaya turunkan berat badan sebanyak 3 - 3.5kg dengan inch loss sebanyak 8 - 16 inch untuk keseluruhan ukuran badan. Alhamdulillah.

Pengalaman selama 15 hari yang sangat menarik. Owh...ya, selain menu, coaches juga akan berikan nasihat & ilmu tentang detoks ini. Kepentingan & kelebihan dari aktiviti detoks. Suplimen-suplimen yang dapat membantu proses detoks juga ditunjuk ajar oleh para coaches. Banyak ilmu tau yang kita akan dapat. Juga akan diajar senama-senaman yang boleh kita lakukan setiap hari. Antaranya senaman kempis perut, tangan & macam-macam lagi. Fuuhhh...berpeluh la setiap hari. Hehe...

43 peserta dengan jumlah penurunan badan sebanyak 162.58 kg. Wow!

Kesan yang dialami

Secara keseluruhan, kesan yang kami alami selepas kelas #JomDetoxJutawan ini adalah

  • Berat badan berkurangan,
  • Ukuran badan juga berkurangan,
  • Lebih bertenaga,
  • Mudah untuk bangun pagi. Kiranya, bila bangun tu, tak rasa lesu & letih walaupun kita tido awal pada malam tersebut,
  • Lebih mudah makan sayuran & buahan. Sebelum ni, nak makan sayur memang sikit je. Sekarang, sayur menu wajib dalam setiap hidangan. Kita dapat rasa yang sayur tu sebenarnya sedap,
  • Kesedaran meningkatkan tentang kepentingan untuk jaga pemakanan serta kalori intake.
  • Sedar bila kita buat detoksifikasi ini, sebenarnya memberi ruang untuk organ-organ kita pulih kepada asal dengan mengurankan kadar toksik yang perlu ditapis, dikeluarkan oleh tubuh badan,
  • & banyak lagi sebenarnya kesan yang kami alami.


Pengajaran @ Ilmu yang dipelajari

Pengajarannya, kami rasakan memang penting untuk setiap orang buat detoks ini. Kalu tak setiap bulan, maybe setiap 2x setahun. Kami rasakan masih ramai diluar sana belum ada kesedaran tentang kepentingan detoks ini. Melalui program sebegini, kita dapat ilmu tentang cara pemakanan yang betul, senaman yang betul & pengambilan suplimen yang betul.

Owh...ya, program ini menggunakan pendekatan detoks secara holistik. Tiga perkara yang ditekankan adalah

  • Makan secara seimbang,
  • Bersenam dengan betul,
  • & Ambil suplimen secara bijak.
Sama dengan apa yang kami percaya. Hehe...sebab tu blog ini kami namakan dengan 3 perkara tersebut kerana sememangnya ia adalah sangat penting.

Jom Join Kelas #JomDetoxJutawan

Harapan kami agar lebih ramai dapat sertai program #JomDetoxJutawan ini. Kami berbesar hati selaku bekas peserta #JomDetoxJutawan 38.0 untuk memberi tunjuk ajar kepada anda bagaimana untuk menyertai kelas yang seterusnya. Biasanya, kelas bermula di awal bulan.

Jadi, untuk anda yang ingin badan yang sihat, bertenaga, turunkan berat & ukuran badan anda, serta ingin ubah gaya hidup lebih sihat. Boleh klik link ini untuk pendaftaran www.wasap.my/60165572732/JoinJomDetox atau www.wasap.my/60182139910/JoinJomDetox

Anda pasti akan berubah kerana sememangnya kelas ini Terbukti Berkesan seperti mana yang telah kami alami.

Jom sertai #JomDetoxJutawan & alami diri anda yang baru.

Akhir dari kami, ubah gaya hidup untuk lebih sihat demi masa depan kesihatan yang lebih baik. Makan secara seimbang, bersenam selalu & ambil suplimen dengan bijak.


#JomDetoxJutawan.
Shaklee Supervisor SLG.
Haidzir & Hamraa

Comments

Popular Posts