KAJIAN UNGGUL - SEBUAH BUKTI PENGGUNA SUPLEMEN

KAJIAN UNGGUL @ LANDMARK STUDY

Info dikongsikan oleh : Nurul Hidayah, Nutritionist Shaklee


 

Nama sebenar bagi kajian yang dilakukan ini adalah “Usage pattern, health & nutritional status of long-term multiple dietary supplement used: a cross-sectional study”. Nama “Landmark Study” @ “Kajian Unggul” adalah nama ringkas atau nick name atau nama glamour. 😉

Tajuk rasmi Kajian Unggul @ Landmark Study


Kenapa pilih perkataan “landmark”? Ini kerana perkataan tersebut menunjukkan kajian itu adalah unik. Tidak pernah dibuat oleh mana-mana syarikat suplemen yang lain. Perkataan Landmark juga merujuk kepada maksud sebuah mercu tanda seperti KLCC adalah landmark kepada W.P. Kuala Lumpur. Maka, landmark study adalah mercu tanda bagi bukti keberkesanan suplemen Shaklee.

Landmark Study adalah kajian perintis penggunaan suplemen.


Kebanyakkan kajian lain, hanya dibuat bagi mengetahui kesan ke atas badan kurang dari 1 tahun. Jika ada yang lebih 1 tahun, ia hanya melibatkan nutrient tertentu sahaja. Kita sedia maklum bahawa pelbagai penyakit (seperti kencing manis, sakit jantung, kolesterol & lain2) tidak berlaku dalam masa singkat. Pemakanan yang tidak seimbang selama berbelas tahun, kemudian baru seseorang itu mendapat penyakit seperti yang dinyatakan tadi. Landmark study ini, dijalankan ke atas kumpulan manusia yang telah mengambil suplimen lebih dari 20 tahun. Maka, Landmark study ini adalah bukti klinikal bahawa dengan pengambilan suplimen Shaklee, kita boleh hidup lebih lama & lebih muda. Tiada kajian seperti landmark study ini dibuat oleh syarikat-syarikat suplimen yg lain.

Landmark Study adalah sebuah kajian bebas.


Landmark study adalah kajian bebas yg dijalankan oleh Dr. Gladys Block dari University of Berkeley, California. Beliau merupakan seorang Nutrition Epideomology iaitu pengkaji corak pemakanan & pengambilan nutrisi. Kajian yang bebas adalah penting supaya hasil kajian tidak akan berat kepada mana-mana pihak. Ini membuktikan bahawa syarikat Shaklee, berani & yakin untuk membenarkan kajian sebegini. Ini adalah keyakinan syarikat terhadap keberkesanan produk Shaklee. Tak banyak syarikat suplemen lain yang berani untuk membuat kajian sebegini.

Kajian dilakukan terhadap tiga jenis sampel kumpulan.


Bagaimana landmark study ini dijalankan? Tiga sampel kumpulan kajian dibentuk. Tiga kumpulan ini adalah 
  • Kumpulan 1 : Individu yg tidak pernah mengambil sebarang suplemen, 
  • Kumpulan 2 : Individu yg mengambil hanya satu jenis suplemen,
  • Kumpulan 3 : Individu yg mengambil suplemen Shaklee lebih dari 20 tahun. 
Darah setiap individu dari setiap kumpulan diambil untuk mendapatkan biomaker, berat badan & lain-lain perkara bagi mengukur tahap kesihatan mereka.

Suplemen yang diambil oleh kumpulan Shaklee sepanjang 20 tahun.


Gambar diatas menunjukkan suplemen yang diambil oleh kumpulan Shaklee. Mereka  mengambil pelbagai kombinasi suplemen yang diambil lebih dari 20 tahun. Nampak banyak kn? 😁. Tapi, bukan setiap hari mereka ambil kesemua suplemen tersebut. Kesemua suplemen tersebut diambil dalam tempoh 20 tahun mereka mengamalkan suplemen Shaklee. WoW!


Keputusan kajian landmark study;

Sekarang, jom kita lihat apakah hasil dari Landmark study ini.


Hasil kajian yang pertama.

Hasil kajian yang pertama adalah dengan mengukur tahap micro-nutrient di dalam badan. Terdapat pelbagai jenis nutrisi yang diukur dalam darah subjek kajian (seperti yang ditunjukkan di dalam rajah diatas). Hasil kajian menunjukkan kumpulan pengguna Shaklee mempunyai bacaan micro-nutrient yang lebih tinggi berbanding kumpulan lain. Ini menunjukkan suplemen yang dimakan diserap ke dalam badan. Ia membuktikan bahawa nutrisi dari suplemen Shaklee memberi manfaat kepada tubuh badan. Paras bacaan nutrisi berada pada paras yg optimum.


Hasil kajian yang kedua.

Hasil kajian yang kedua melihat kepada penanda aras tahap kesihatan melalui bio-marker. Terdapat empat bio-marker yang dikaji dan hasilnya adalah seperti berikut;

a. Homocysteine – Paras homocysteine merujuk kepada tahap risiko kesihatan kardiovaskular. Paras yang melebihi 15, ia menunjukkan potensi mendapat penyakit kardiovaskular (iaitu penyakit salur darah @ jantung). Kumpulan Shaklee mempunyai paras homocysteine yang lebih rendah. Paras normal adalah kurang dari 15.

b. Triglycerides – Ia adalah sejenis lemak di dalam darah. Apabila paras triglycerides tinggi, ia tidak bagus kerana berpotensi untuk mendapat penyakit jantung atau stroke. Kumpulan Shaklee menpunyai paras triglycerides yang lebih rendah.

c. Cholesterol HDL – Kolesterol HDL adalah kolesterol baik manakala kolesterol LDL, adalah kolesterol tidak baik. HDL membantu mengurangkan penyempitan salur darah seterusnya melindungi diri dari risiko masalah salur darah tersumbat. Bacaan HDL lebih tinggi, adalah lebih baik untuk mendapat manfaat dari HDL ini. Kumpulan Shaklee menpunyai paras HDL yang lebih tinggi.

d. Protein C-reaktif (CRP) – CRP adalah merujuk kepada keradangan. Kumpulan Shaklee mempunyai bacaan yang lebih rendah. Contoh, jika ada bengkak pada badan disebabkan oleh alergik, maka itu menunjukkn keradangan pada badan kita. Punca keradangan adalah dari jangkitan virus/bakteria atau ada sel-sel abnormal dalam badan. Maka, jika CPR rendah, ia menunjukkan tahap keradangan yang rendah.


Hasil kajian yang ketiga.

Hasil kajian ketiga menunjukkan kumpulan Shaklee :
  • Mempunyai 11% nisbah koleterol yang lebih rendah & 33% tahap tryglyceride yang lebih rendah. Ini menunjukkan kumpulan Shaklee mempunyai jantung yang baik.
  • Kumpulan Shaklee juga mempunyai 36% tahap homocysteine yang lebih rendah menunjukkan mereka mempunyai minda yang lebih sihat.
  • Paras protein C-reaktif 59% lebih rendah pada kumpulan Shaklee menunjukkan tubuh mereka kurang keradagan, kurang stress seterusnya menjadikan badan lebih sihat & bertenaga.


Hasil kajian keempat.

Hasil kajian keempat pula menunjukkan bilangan kes penyakit bagi setiap kumpulan. Subjek kajian diminta untuk menjawab kaji selidik berkenaan penyakit yang dialami sebelum & semasa kajian dijalankan. Keputusannya, pengguna Shaklee menpunyai bacaan bilangan kes penyakit yang paling rendah berbanding kumpulan kajian yg lain. Penggunaan shaklee secara konsisten membantu memberi kesihatan yang baik dalam jangka masa panjang.


Hasil kajian kelima.

Penilaian kesejahteraan diri adalah hasil kajian kelima. Subjek diminta menilai sendiri tahap kesihatan diri. Kumpulan Shaklee menilai diri sebagai baik & sangat baik. Ini menunjukkan bahawa, kumpulan Shaklee mempunyai kesihatan baik & rasa sihat & bertenaga.


Kumpulan Shaklee mempunyai vitamin pada tahap yang optimum.

Selain itu, keputusan dari landmark study, menunjukkan tiada pengguna Shaklee yang menpunyai ;
  • ❌ mempunyai vitamin D terlalu tinggi atau terlalu rendah. Vitamin D boleh menjadi punca ketoksikan jika terlalu berlebihan.
  • ❌ mempunyai Protein C-reaktif & homocysteine yang lebih tinggi.


Kumpulan Shaklee mempunyai bio-marker yang lebih baik.

Berdasarkan kajian, kumpulan Shaklee mempunyai bio-maker kesihatan jantung yang lebih baik, lebih rendah untuk mendapat penyakit, mempunyai tahap nutrisi dalam darah yang lebih tinggi serta mempunyai tahap vitamin D & zat besi yang selamat. Landmark study adalah bukti bahawa penggunaan suplemen Shaklee boleh menjadikan tubuh lebih baik & lebih sihat.


Amalkan tiga langkah ini untuk hidup lebih sihat.

Itu lah hasil Landmark study ini. Banyak bukti telah dikemukakan menunjukkan penggunaan Shaklee bagi jangka masa panjang, tidak menjejaskan kesihatan malah memberikan kesihatan yang lebih baik agar kita dapat hidup lebih muda & lebih sihat. Selain itu, amalkan juga tiga penjagaan diri berikut ;
  • Makan secara sihat, 
  • Capai berat badan ideal & amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam,
  • Ambil suplemen secara bijak. 
Akhir kata, untuk anda mulakan kehidupan bersama Shaklee, anda boleh mencuba best seller set. Ia merupakan set lengkap nutrisi yang memenuhi keperluan nutrisi harian.


Set Keperluan Harian Shaklee

Sebelum kita akhiri pengkongsian yang panjang kali ini, jemput lihat video dibawah sebagai rumusan perkongsian berkaitan Landmark Study ini. Enjoy!




Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat & membuka minda kita berkenaan manfaat yang ada dengan penggunaan suplemen Shaklee.

Untuk dapatkan suplemen Shaklee atau ada sebarang persoalan atau perlukan khidmat nasihat berkenaan suplemen yang bersesuain, anda boleh klik disini --> www.wasap.my/60165572732/LetsShaklee . Kami sedia membantu.


Hidup Lebih Sihat bersama Shaklee.
Shaklee Supervisor,
Success Legacy Group,
Haidzir & Hamraa

Comments

Popular Posts